Triumph Malaysia lantik GENE Advance Sdn Bhd sebagai pengedar wilayah tengah

oleh Mohamad Hanif|
Triumph Motorcycles Malaysia telah melantik GENE Advance Sdn Bhd sebagai pengedar baharu jenama itu bagi wilayah tengah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pusat pengedar motosikal Triumph yang bakal dibuka pada Mac 2022 itu terletak di fasiliti Welly Advance Bikers, Batu Caves, Kuala Lumpur yang menempatkan bilik pameran, pusat servis serta penjualan alat ganti.

Ini bermakna, Triumph Motorcycles kini mempunyai enam cawangan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada pusat pameran utama di Petaling Jaya, serta outlet yang terletak di Pulau Pinang, Juru Auto City, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Menurut CEO Fast Bike Sdn Bhd, Dato' Razak Al Malique Hussain berkata, "tulang belakang GENE Advance dan Welly Advance Bikers merupakan individu yang berpengaruh, sangat dihormati dan pengedar motosikal yang berwibawa.

"Kami yakin GENE Advance mampu memberikan sumbangan yang signifikan dalam menyokong jenama Triumph dan juga pelanggan kami," ujarnya lagi.

Motoradic Sdn. Bhd. merupakan pengimport rasmi motosikal Triumph di Malaysia. Manakala anak syarikatnya, Fast Bikes merupakan pengedar eksklusif jentera tersebut. 

“Triumph mempunyai koleksi motosikal yang luas. Kami menjangkakan motosikal jenis adventure dan touring akan diterima baik. Tidak terkecuali, model-model moden klasik yang cukup menarik,” kata Pengurus Besar GENE Advance, Eugene Ngo Ting Jun.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…
Berita Domestik
Memahami kepentingan untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti servis selepas…