Triumph Malaysia lancar lima model motosikal klasik moden - harga jualan dari RM55,900

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Triumph Motorcycles Malaysia baru-baru ini melancarkan lima buah model baharu untuk pasaran Malaysia. 

Menariknya, dalam acara tersebut mereka memperkenalkan barisan motosikal baharu dengan cara unboxing - di mana kotak berisi motosikal dibuka di hadapan wakil media dan tetamu jemputan. 
 


Rangkaian `Klasik Moden’ Triumph 2019 terdiri daripada Street Twin, Street Scrambler, Scrambler XC, Scrambler XE dan Speed Twin yang baharu dengan harga masing-masing yang bermula daripada RM55,900, RM64,900, RM80,900, RM86,900 dan RM73,900.  Semua harga yang disebutkan termasuk 10% cukai jualan dan perkhidmatan.

Berikut merupakan spesifikasi setiap model yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia. 

 

Triumph Street Twin


Enjin Bonneville 900 cc
Kuasa 65 PS @ 7,500 rpm
Daya kilas 80 Nm @ 3,800 rpm

Ciri menarik:

1. Mod Tunggangan Road dan Rain
2. Tyre Pressure Monitoring System (pilihan)
3. Kawalan cengkaman boleh laras
4. Tiga warna menarik: Matt Ironstone, Korosi Red, Jet Black

Harga: RM55,900
 

 

Triumph Street Scrambler


Enjin Bonneville 900 cc
Kuasa 65 PS @ 7,500 rpm
Daya kilas 80 Nm @ 3,200 rpm

Ciri menarik:

1. Mod Tunggangan Road, Rain dan Off-Road
2. Kawalan cengkaman boleh laras
3. Ciri ABS yang boleh dikawal
4. Warna: Fusion White, Cranberry Red, Khaki Green dengan Matt Aluminium

Harga: RM64,900
 

 

Triumph Scrambler 1200 XC & Scrambler 1200 XE


Enjin Bonneville 1,200 cc
Kuasa 90 PS @ 7,400 rpm
Daya kilas 110 Nm @ 3,950 rpm
Suspensi belakang berkembar Ohlins boleh laras

Ciri menarik: 

1. Skrin paparan TFT generasi kedua
2. Mod Tunggangan Road, Rain, Off-road dan Sport serta tambahan mod Off-Road Pro khas untuk 1200 XE sahaja 
3. Ciri ABS boleh laras dengan tiga mod tunggangan
4. Ciri Optimised Cornering ABS, dan Optimised Cornering Traction Control khas untuk model 1200 XE sahaja
5. Inertial Measurement Unit (IMU) bagi menyokong fungsi di atas, khas untuk Scrambler 1200 XE sahaja. 
6. Sistem kawalan GoPro bersepadu pertama di dunia - sambungan Bluetooth. 
7. Sistem navigasi dengan ciri turn-by-turn - dikuasakan oleh Google.

Dua warna premium didatangkan khas untuk kedua-dua buah model iaitu:

Scrambler 1200 XC - Jet Black/Matt Black, Khaki Green/Brooklands Green
Scrambler 1200 XE - Fusion White/Brooklands Green, Cobalt Blue/Jet Black

Harga: 


Scrambler 1200 XC - RM80,900

 

Scrambler 1200 XE - RM86,900

 

Triumph Speed Twin


Enjin Bonneville parallel twin 1200 cc 8 injap High Power
Kuasa 97 PS @ 6,750 rpm
Daya kilas 112 Nm @ 4,950 rpm
Brek hadapan cakera berkembar Brembo 4 omboh
Brek belakang cakera tunggal 2 omboh

Ciri menarik:

1. Talaan Thruxton memberikan lonjakan kuasa 49% berbanding model terdahulu
2. Mod tunggangan Sport, Road, dan Rain
3. Tiga warna pilihan - Silver Ice/Storm Grey, Korosi Red/Storm Grey dan Jet Black.

Harga: RM73,900


Kesemua harga yang dipaparkan adalah termasuk 10% cukai jualan dan perkhidmatan. 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…
Berita Domestik
Memahami kepentingan untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti servis selepas…