Daytona 660 tampil dengan enjin tiga silinder 660cc yang memberi kuasa output tertinggi sehingga 95PS pada 11,250 rpm dan kuasa tork tertinggi sehingga 68Nm pada 8,250 rpm.

Dengan trenkuasa yang dipadankan dengan sistem ekzos yang diperbaharui, motosikal ini bakal memberi pengalaman menunggang yang lebih responsif, menarik dan dinamik.

Dibina dengan rangka jenis sport lightweight, dan didatangkan dengan unit suspension Showa pada kedua-dua fork hadapan USD dan belakang yang pasti memberi tunggangan lebih jitu dan stabil.

Tambahan pula, Daytona 660 ini tampil dengan tayar jenama premium dari Michelin Power 6 pada bahagian roda depan dan belakang bersaiz 120/70 ZR 17 hadapan dan 180/55 ZR 17 belakang.
Kehadiran tayar premium tersebut pasti lebih memberi perasaan mengujakan ketika motosikal sportbike ini.

Selain itu, Daytona terbaharu ini tampil dengan ciri teknologi seperti throttle ride-by-wire, tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road, Rain, brek ABS dwi-saluran depan, belakang dan traction control.

Tambahan itu, ia tampil dengan instrumen pelbagai fungsi pada skrin TFT yang boleh dipadankan dengan My Triumph Connectivity System untuk navigasi dan sambungan pada telefon bimbit.

Daytona 660 dibina untuk kesesuaian semua jenis penunggang dan untuk pengembaraan menarik, ia mempunyai ketinggian tempat duduk 810mm dan saiz tangki bahan api 14liter.

Dengan reka bentuk dan ciri-ciri menarik, ia pasti memberi perjalanan bersama Daytona 660 lebih mengasyikkan dan mengujakan untuk semua penunggang.

Triumph Daytona 660 menawarkan lebih 30 aksesori tambahan yang boleh diletak pada motosikal itu, dan Daytona 660 dijual dengan tanda harga bermula dari RM49,500.