Triumph bakal keluarkan Rocket baharu?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Syarikat motosikal British, Triumph nampaknya tidak akan membenarkan model gergasi mereka, Rocket III terkubur tanpa pengganti.

Model asal dilancarkan dalam tahun 2004 dengan menggunakan enjin 2.3L 3-silinder.

Tenaga maksimum mungkin hanya pada 148 hp sahaja, rendah jika dibandingkan dengan motosikal-motosikal sekarang dengan enjin 1,000 cc atau 1,200 cc tetapi dengan daya kilas maksimum setinggi 221 Nm, ia memang sebuah motosikal yang tidak akan dapat dilupakan oleh sesiapa yang telah mencubanya.

 

 

Penulis bertuah kerana dapat mencuba Rocket III itu dan sehingga ke hari ini, ia masih sebuah motosikal yang istimewa.

Walaupun berat dan panjang, ia memang cruiser yang terulung. 

Semalam, berita mengenai model baharu Rocket III muncul apabila imej dari slaid ketika mesyuarat pengedar-pengedar jenama itu dikongsi di media sosial.

Lukisan konsep itu menunjukan sebuah Rocket dengan enjin 3-silinder dan lengan ayun sebelah, sistem gantungan fork terbalik di hadapan dan lampu bulat berkembar.

Komponen berkrom kena pada tempatnya sementara roda aloi yang digunakan jauh dari membosankan.

Flyscreen kecil menutup bahagian atas panel meter dan tangki juga lebih seksi.

Triumph, jangan banyak songeh dan bina motosikal ini!

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…