Triton guna siren, lampu kecemasan milik PDRM

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan di lebuh raya seperti yang tular dalam rakaman video adalah milik Polis Diraja Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton dengan nombor pendaftaran VHE5415 itu sedang dalam penugasan ketika melalui KM239 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

“Ketika itu, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak telah berjaya menangkap dua lelaki di daerah Taiping kerana terlibat dalam satu sindiket curi kenderaan mewah.

“Pasukan tersebut bersama-sama suspek yang ditahan terus dibawa ke IPK untuk tujuan siasatan lanjut. Atas faktor keselamatan serta tugas rasmi, pasukan serbuan telah menggunakan siren dan lampu kecemasan bagi mendapatkan laluan pantas ketika melalui laluan yang sesak,” katanya dalam kenyataan.

Mior Faridalathrash berkata pihaknya tidak mengesan sebarang salah laku atau salah guna kuasa dalam kejadian ini dan meminta masyarakat agar melakukan semakan dengan pihak berwajib dahulu sebelum membuat sebarang hebahan yang mengelirukan.

Dilapor, video berdurasi 14 saat yang tular menerusi media sosial itu difahamkan direkod kira-kira 5.50 petang, Selasa lepas yang menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih menggunakan siren dan lampu kecemasan untuk diberikan laluan di lebuh raya berkenaan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek ditahan pada 27 Disember lalu susulan laporan seorang pengadu yang mendakwa kehilangan…
Berita Domestik
  Katanya, dron yang bakal diperoleh nanti mampu terbang di udara lebih daripada empat jam dan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika kejadian…