Triton dengan rekaan Dynamic Shield bakal hadir ke GIIAS 2018?

oleh Mohamad Hanif|
Khabar bertiup kencang daripada negara jiran kita, Indonesia mengatakan bahawa pihak Mitsubishi di sana akan membawa masuk sebuah model baharu yang bakal diperkenalkan pada Gaikindo Indonesia International Auto Show 2018 (GIIAS 2018).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Autonetmagz, perancangan tersebut timbul setelah pihak Mitsubishi Motor Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selesai melancarkan dua kenderaan edisi terhad iaitu Mitsubishi Triton Athlete dan Mitsubishi Pajero Sport Rockford Edition. 
 


Sangkaan awal bahawa MMKSI akan membawa crossover Mitsubishi Eclipse adalah tidak benar setelah Ketua Unit Pemasaran dan Jualan MMKSI, Imam Choeru Cahya mengesahkan model tersebut tidak akan hadir pada GIIAS 2018. 

Model-model global seperti Mitsubishi Mirage, Mitsubishi Delica dan Mitsubishi Outlander Sport pula dilihat sudah terlalu lama berada di pasaran dan berkemungkinan besar peluang untuk memasuki pasaran Indonesia amat tipis. 

Namun, ada satu unit ujian yang telah dirakam di Australia pada dua bulan lepas menunjukkan satu imej spyshot Triton dengan rekaan muka baharu, besar kemungkinan mengadaptasi rekaan unik dynamic shield yang digunapakai pada model-model terkini Mitsubishi. 
 


Setakat artikel ini ditulis, tiada info lanjut berkenaan model apa yang bakal dibawa masuk oleh MMKSI sempena GIIAS 2018 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 


Mitsubishi Triton Athlete yang baharu sahaja dilancarkan di Indonesia

Sumber: Autonetmagz dan Motors Mega

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…