Trio Volkswagen Golf GTI, GTD dan GTE Mk8 rasmi dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah pelancaran rasmi Volkswagen Golf standard pada tahun lalu, kini tiba giliran kembar tiga hatchback yang lebih berkuasa diperkenalkan kepada umum, iaitu Golf GTI, Golf plug-in hybrid GTE dan juga Golf diesel GTD.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Secara asasnya, Golf Mk8 memiliki dimensi yang lebih panjang, lebih lebar dan sedikit tinggi berbanding Golf Mk7, dan persamaan ini diteruskan pada varian trio Golf GTI, GTE dan juga GTD. 

Untuk membuktikan ia sebuah hot hatch, Volkswagen telah memberikan imej yang lebih agresif, dimulakan dengan bukaan bumper yang lebih besar dan dihiasi dengan hiasan gril sarang lebah dan lampu kabus berbentuk X. 
 


Secara standard, lampu utama merupakan jenis LED dan disambung dengan jaluran LED nipis dan jaluran warna yang menggambarkan setiap ikon hot hatch, iaitu merah (GTI), biru (GTE) dan perak (GTD). 

Set rim pula didatangkan dengan saiz 17 inci Richmond untuk Golf GTI, dan terdapat opsyen rim bersaiz lebih besar (18 dan 19 inci) dengan angkup brek berwarna merah klasik, manakala skirt sisi pula lebih lebar berwarna hitam.


 


Ia diteruskan dibahagian belakang di mana Golf GTI menerima diffuser yang lebih sporti, spoiler bumbung, lampu LED dan logo GTI. 

Perbezaan yang ketara sudah tentu dilihat pada penawaran set tip ekzos di mana GTI menerima tip ekzos tunggal di kiri dan kanan diikuti oleh GTD dengan tip ekzos berkembar di bahagian kiri manakala model GTE menyembunyikan tip ekzosnya di balik bumper. 


VW Golf GTI datang dengan nadi EA888 2.0 liter TSI yang mampu menjana 242 kuasa kuda dan 370 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau klac berkembar automatik tujuh nisbah kelajuan. 

Varian diesel VW Golf GTD pula hadir dengan enjin 2.0 liter yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas dengan sistem transmisi tunggal DCT.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kereta diesel VW kini dilengkapi dengan ciri penukar bermangkin SCR berkembar dengan dua suntikan AdBlue untuk mematuhi peraturan pelepasan emisi yang dibenarkan. 

 

 

VW Golf GTE yang merupakan varian plug-in hybrid pula menggunakan kombinasi enjin 1.4 liter turbo (147 hp) dan motor elektrik (112 hp) yang menghasilkan output 242 kuasa kuda dan 400 Nm, dipadankan dengan sistem transmisi DSG.

Pek bateri lithium-ion berkapasiti 13 kWh pula menawarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 60 kilometer dengan kelajuan dihadkan kepada 130 km/j.

 


Sistem gantungan Volkswagen Golf GTI kini didatangkan dengan sistem kawalan dinamik yang digelar sebagai Pengurusan Dinamik Kenderaan yang mampu mengawal kunci differensial elektronik XDS dan suspensi adaptif DCC. 

Talaan yang dilakukan membolehkan Golf GTI dan GTD duduk lebih rendah 0.6 inci berbanding Golf standard, malah pemandu boleh menetapkan tetapan tersendiri selain daripada mod Comfort, Eco dan Sport sedia ada. 
 


Ruang kabin Golf GTI dihiasi dengan roda stereng sports baharu yang dilengkapi dengan kawalan sentuh dan tombol gear manual klasik (untuk model manual) serta tempat duduk GTI tartan. 

Ciri Innovision Cockpit yang ada pada Golf ini terdiri daripada skrin kluster digital bersaiz 10.25 inci digandingkan dengan paparan skrin tengah 10 inci serta ciri lampu ambien yang merangkumi kira-kira 30 warna pilihan. 

Walaupun dipasarkan sebagai hot hatch, Volkswagen tidak pernah melupakan ciri keselamatan standard seperti Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Kekal Laluan, Sistem Pemantauan Pejalan Kaki, serta modul komunikasi Car2X.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun masa depan model hatchback tersebut tidak menentu berdasarkan laporan terbaharu oleh akhbar…
Berita Global
Namun, apa yang bakal dibawakan oleh Prior Design mampu mengubah imej feminin Golf Mk8 menjadi…
Berita Global
Untuk tahun 2021, sekali lagi masalah tersebut menyerang Golf Mk8, kali ini ia berkaitan dengan…