Trio Malaysia muncul pasukan 10 teratas di perlumbaan Le Mans 24H

oleh Mohamad Hanif|
Sementara itu di kejuaraan World Endurance Championship (WEC) di Le Mans semalam menyaksikan trio Malaysia Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Nabil Jeffri berjaya mendapat tempat keenam di dalam kelas LMP2 dan tempat kesepuluh secara keseluruhan di Litar de la Sarthe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula daripada kegagalan suhu enjin pada pemulaan perlumbaan, pemandu pertama Jazeman terpaksa berhenti di pit pada lap ke dua bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Ketinggalan sebanyak empat pusingan pada awal perlumbaan, ketiga-tiga pelumba Malaysia tersebut gigih mengejar kembali posisi teratas dengan mencapai kedudukan ke-16 dalam jangka masa hanya lima jam perlumbaan. 
 


Ketika tempoh masa mencecah 12 jam, mereka beralih kedudukan kepada tempat ke-17 secara keseluruhan dan ke-13 di dalam kelas LMP2. 

Kedudukan mereka bertambah baik pada tiga jam terakhir apabila mereka berjaya mendapat tempat ke-10 secara keseluruhan dan tempat ke-6 di dalam kelas LMP2 dengan Jazeman mengemudi jentera pada saat akhir perlumbaan. 

Menurut Nabil, walaupun dengan isu yang melanda pasukan mereka pada awal perlumbaan, beliau berasa amat gembira dengan pencapaian yang mereka kecapi pada perlumbaan tersebut. 

"Ini merupakan pengalaman pertama saya (di Le Mans), sekiranya bukan kerana isu enjin, kami mungkin mampu mencapai podium kedua ataupun ketiga," tambah beliau. 
 


Perlumbaan Le Mans 24H itu turut menyaksikan pasukan Toyota Gazoo Racing memenangi keseluruhan perlumbaan endurance tersebut manakala G-Drive Racing pula merangkul kejuaran bagi kelas LMP2. 

 

Sumber: NST dan FB Sepang Circuit

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bermula dari petak ke-11, jentera Oreca 07 - Gibson bernombor #82 itu berjaya menghabiskan 125…
Informasi
Ia merupakan angka yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan sukan-sukan besar di peringkat…
Berita Domestik
Program TTAP ini direka untuk meningkatkan skil dan ilmu pengetahuan bakat tempatan menerusi…