Trio Honda CBR500R, CB500F & CB500X dilancarkan - harga bermula dari RM33,999

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Boon Siew Honda membawakan tiga model baharu dalam kategori light middleweight, iaitu Honda CBR500R, Honda CB500F dan juga Honda CB500X untuk pasaran Malaysia. 

Ketiga-tiga model ABS ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti suspensi belakang baharu, klac assist/slipper, lampu LED penuh, serta paparan instrumen LCD moden lengkap dengan indikasi gear. 

Menguasai jentera ini ialah enjin parallel twin-cylinder yang kini menghamburkan kuasa 49.6 hp dan 45 Nm daya kilas yang masuk penuh pada putaran enjin 6,500 rpm. 
 


Secara lalai, had putaran enjin ditetapkan pada 8,750 rpm namun  anda boleh menetapkan kenaikan had putaran enjin bermula dari 5,000 rpm sehingga 8,750 rpm. 

Casis pula diperbuat daripada rangka keluli jenis diamond-tube yang ringan namun kukuh bagi mengurangkan gegaran, manakala posisi enjin dan sendi pivot juga turut diberi perhatian dalam memberikan kestabilan tunggangan. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas ketiga-tiga motosikal kelas 500cc ini.

 


Honda CBR500R
Enjin: Twin-parallel, sejukan cecair
Sesaran: 471 cc
Transmisi: Manual enam kelajuan, klac assist/slipper
Kuasa: 49.6 hp
Daya kilas: 45 Nm @ 6,500 rpm
Kapasiti tangki: 17.1 liter
Suspensi hadapan: Teleskopik, pre-load adjustable
Suspensi belakang: Prolink mono, 5 stage pre-load adjustable
Saiz tayar depan: 120/70ZR 17 M/C
Saiz tayar belakang: 160/60ZR17 M/C
Ketinggian tempat duduk: 785 mm
Warna: Grand Prix Red, Max Axis Gray Metallic, Pearl Metalloid White

 


Ciri utama:
Lampu LED berkembar
Lampu indikasi membelok LED
paparan instrumen LCD
Ekzos tip berkembar
 

Harga: RM34,499

 


Honda CB500F
Enjin: Twin-parallel, sejukan cecair
Sesaran:471 cc
Transmisi: Manual enam kelajuan, klac assist/slipper
Kuasa: 49.6 hp
Daya kilas: 45Nm @ 6,500 rpm
Kapasiti tangki: 17.1 liter
Suspensi hadapan: Teleskopik, pre-load adjustable
Suspensi belakang: Prolink mono, 5 stage pre-load adjustable
Saiz tayar depan: 120/70ZR17 M/C
Saiz tayar belakang: 160/60ZR17 M/C
Ketinggian tempat duduk: 785 mm
Warna: Grand Prix Red, Gun Power Black Metallic, Pearl Metalloid White
 


Ciri utama:
rekaan badan agresif
paparan LCD baharu
Ekzos tip berkembar
 

Harga: RM33,999

 


Honda CB500X
Enjin: Twin-parallel, sejukan cecair
Sesaran: 471 cc
Transmisi: Manual enam kelajuan, klac assist/slipper
Kuasa: 49.6 hp
Daya kilas: 45 Nm @ 6,500 rpm
Kapasiti tangki: 17.1 liter 
Suspensi hadapan: Teleskopik, pre-load adjustable
Suspensi belakang: Prolink, 5 stage pre-load adjustable
Saiz tayar depan: 110/80R19M/C
Saiz tayar belakang: 160/60R17M/C
Ketinggian tempat duduk: 830 mm
Warna: Grand Prix Red, Mat Gun Powder Black Metallic, Peal Metalloid White
 


Ciri utama:
Penggayaan yang lebih sesuai untuk motosikal adventure
Sistem suspensi jenis long-travel, rim 19 inci rekaan baharu
Windshield diposisikan tinggi
paparan digital LCD

Harga: RM36,099
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…