Tribut buat Nicky Hayden dari Red Bull Honda WSBK Team pada perlumbaan hujung minggu ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tribut buat Nicky Hayden dari Red Bull Honda WSBK Team pada perlumbaan hujung minggu ini
Tribut buat Nicky Hayden dari Red Bull Honda WSBK Team pada perlumbaan hujung minggu ini
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemergian Nicky Hayden pada awal minggu ini memang mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak. Beliau telah menemui ajal selepas beberapa hari koma di ICU susulan kemalangan melibatkan basikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta.

Beliau dan rakan sepasukan, Stefan Bradl sepatutnya bersama-sama berlumba di pusingan keenam Kejuaraan Dunia Superbike FIM 2017 di litar Donnington Park pada hujung minggu ini.

Walaupun Nicky sudah tiada, pasukan Red Bull Honda World Superbike tetap akan mengambil bahagian tetapi dengan hati yang berat. Penglibatan itu adalah sebahagian dari tribut pasukan untuk beliau dengan melakukan apa yang digemarinya iaitu perlumbaan.

Motosikal Honda CBR1000RR Fireblade SP2 tunggangan belliau akan dipamerkan di kotak pit sepanjang hari perlumbaan.

Stefan Bradl pula akan berlumba secara solo tanpa rakan pelumba gantian.

Pasukan Red Bull Honda WSBK dan Dorna selaku promoter perlumbaan juga akan mengormati mendiang melalui momen senyap selama seminit pada Sabtu ini dan bakal melibatkan pelumba, pasukan serta peminat.

Stefan Bradl berkata, "Nicky adalah seorang pelumba, beliau dilahirkan serta dibesarkan dalam famili perlumbaan dan sepanjang hidup beliau ialah tentang menikmati perlumbaan, jadi kami akan berada di sini untuk menghayati apa yang beliau sukai dan melakukan penghormatan untuknya..."

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Penunggang Kejuaraan Superbike Dunia dan Juara Dunia MotoGP 2006, Nicky Hayden akhirnya meninggal…