Tren tergelincir di Thailand, 10 penumpang cedera

oleh Penyumbang Rencana|
foto Astro Awani
Sekurang-kurangnya 10 penumpang cedera apabila sebuah tren menuju Bangkok tergelincir di Kui Buri, wilayah Prachuap Khiri Khan, awal pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Menurut Keretapi Negara Thailand, tiga gerabak tren berkenaan tergelincir daripada landasan dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Sabtu.

Agensi Berita Thailand melaporkan semua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa sedang menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi.

Bernama/Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, insiden berlaku apabila sistem keselamatan automatik tren…
Informasi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata jumlah kapasiti disediakan…
Informasi
"Sambutan luar biasa dalam tempoh 24 jam ini membuktikan tren kekal menjadi pilihan rakyat. "…