Tren Skypark Link mula beroperasi 15 Oktober

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan terbaharu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan Skypark Link kembali beroperasi bermula 15 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, operasi laluan tersebut dimulakan semula susulan kebenaran merentas negeri yang telah diumumkan baru-baru ini.

Sebanyak 21 perkhidmatan tren dari stesen KL Sentral - Subang Jaya - Terminal Skypark akan beroperasi setiap hari namun dengan menggunakan jadual waktu baharu.

Perkhidmatan ini akan bermula dari KL Sentral ke Terminal Skypark bermula jam 6.00 pagi dan tren terakhir akan bergerak pada jam 6.18 petang.

Sementara tren pertama dari Terminal Skypark ke stesen KL Sentral pula bermula jam 7.08 pagi diikuti tren terakhir pada jam 8.01 malam.

Pembelian tiket boleh dibuat secara tunai atau tanpa tunai.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami juga buat program untuk membaik pulih sebahagian set yang sudah lama jadi ia boleh digunakan…
Informasi
Katanya, penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di…
Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…