Tren Rapid KL percuma hujung minggu ini untuk golongan OKU

oleh SALINA JALIL|
Golongan orang kurang upaya (OKU) ditawarkan perkhidmatan tren Rapid KL secara percuma selama dua hari, Sabtu dan Ahad ini, sempena sambutan Hari OKU Kebangsaan 2020.


Ia membabitkan semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL meliputi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan Kelana Jaya, Monorel serta Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan tawaran itu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki kad rasmi OKU dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

 

"Tambang percuma untuk menggunakan perkhidmatan rel Rapid KL ini akan turut diberi kepada seorang pembantu OKU terbabit," katanya.

 

Di luar tempoh promosi istimewa berkenaan pula, menurut kenyataan itu, Prasarana memang menawarkan diskaun 50 peratus kepada pengguna golongan OKU.

 

Prasarana sekali gus merakamkan penghargaan kepada KPWKM, khususnya Jabatan Pembangunan OKU, atas usaha gigih memperkasakan kesejahteraan hidup golongan itu.

 

"Prasarana akan terus bekerja rapat dengan kementerian, terutama bagi memastikan kesejahteraan hidup golongan OKU di negara ini terus terpelihara," katanya.

 

Menurut kenyataan itu lagi, Prasarana antara lain telah membina dan menaik taraf semua fasiliti kendaliannya, termasuk tren dan bas, supaya bercirikan mesra OKU.

 

 

 

 

laporan dari Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami juga buat program untuk membaik pulih sebahagian set yang sudah lama jadi ia boleh digunakan…
Informasi
Katanya, penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di…
Informasi
Jawatankuasa yang terlibat pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kekerapan kereta api, menurut…