Tren pelancong Goldenpass Express Switzerland ini adalah produk Pininfarina!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi yang mengenali nama-nama seperti Ferrari GTB/4 Daytona, Ferrari Testarossa, Honda Beat, Volvo C70 dan Ferrari FF (sekadar menyebut beberapa nama), sudah tentu satu nama ini yang terlintas di fikiran anda.

Pininfarina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ya, Pinanfarina atau Carrozeria Pininfarina merupakan sebuah firma rekaan kenderaan yang berasal dari Itali dan bertanggungjawab menghasilkan banyak rekaan kenderaan yang ikonik semenjak zaman pra perang dunia kedua lagi. 

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa Pininfarina sebenarnya turut menceburkan diri mereka bentuk kereta api!

Beberapa nama seperti tren ETR 500 (1987-2000), lokomotif SBB-CFF-FFS Re 460 untuk Swisss Federal Railways (1991) merupakan antara hasil kerja Pininfarina apabila mereka 'penat' dengan objek beroda empat. 
 


Terbaharu, Pininfarina telah memperkenalkan rekaan terkini tren Goldenpass Express yang dijangka akan memulakan operasinya bermula 13 Disember 2020 di Switzerland. 

Tren Goldenpass Express ini bakal menghubungkan beberapa buah bandar besar seperti Montreux, Gstadd, dan juga Interlaken. 

Antara ciri menarik yang ada pada tren Goldenpass Express ini adalah reka bentuk tingkap yang menghalang sebarang refleksi cahaya. 

Ini adalah penting supaya para pelancong boleh mengambil gambar pemandangan tanpa perlu risau akan silau cahaya yang mampu 'merosakkan' gambar percutian mereka dari dalam kereta api. 

Menurut pengurus besar syarikat Montreuz Oberland Bernese (MOB) yang bertanggungjawab menguruskan Goldenpass Express, antara cabaran terbesar yang dihadapi adalah perubahan teknologi dari tolok sempit (narrow gauge) kepada tolok standard (standard gauge).

"Kami juga mahukan tren pelancong ini lebih cantik dan elegan, dan oleh sebab itu kami perlukan bantuan Pininfarina dalam memastikan ia benar-benar memenuhi spesifikasi keselamatan yang diperlukan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Skrin aerodinamik pada bahagian depan boleh dilaras secara elektronik dan dimaklumkan sebagai…
Berita Global
  Dari contoh di atas, masuk akal apabila Automobili Pininfarina mempertontonkan kereta konsep …
Berita Global
Helmet baharu itu direkayasa untuk memenuhi piawaian ketat FIA 8859/Snell SA2020, di mana ia sesuai…