Tren motosikal fairing menurun di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penjualan motosikal kategori sport ber-fairing di Indonesia menunjukan penurunan, khususnya di dalam bulan Ogos lalu.

Menurut laporan media popular Indonesia, Dapur Pacu, jumlah penjualan kategori tersebut yang didominasikan oleh Honda CBR 250RR, Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250 semuanya menunjukan penurunan dari segi jualan.

Dapur Pacu yang kemudian menemuduga Pengurus Besar Pemasaran Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, Hendri Wijaya berkata penurunan tersebut lebih kepada peralihan trend di mana pengguna dilihat sudah beralih arah kepada motosikal jenis skuter.

“Pengguna lebih banyak mencari model skuter kerana keadaan jalanraya di pusat bandar Jakarta,” julas Hendri ketika ditemuramaha Dapur Pacu semasa pelancaran Yamaha Fino 125.

“Motosikal genre sport fairing 250cc kini lebih kepada merekayang melihat motosikal sebagai hobi sahaja. Mana yang berkeluarga akan lebih cenderung kepada skuter kerana skuter juga kini mempunyai enjin berkapasiti tinggi seperti X-Max,” sambung Hendri.

Fino
Yamaha Fino 125 dengan warna 2017 - adakah anda rasa model ini mampu popular di Malaysia?