Tren laju Jakarta-Bandung ‘kalis’ angin kencang, gempa bumi dan petir

oleh SALINA JALIL|
gambar dari KCIC
Tren laju Jakarta-Bandung (KCJB) didakwa memiliki tahap keselamatan yang tinggi daripada ancaman angin kencang, gempa bumi sehingga sambaran petir di landasan.


Serambinews melaporkan, Presiden KCIC, Dwiyana Slamet Riyadi berkata, keselamatan menjadi perhatian khusus, apalagi KCJB nanti akan beroperasi selaju 350 kilometer sejam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kita sudah siapkan teknologi canggih yang dipasang pada landasan dan rangkaian tren yang dapat mencegah berlakunya bahaya,” katanya.

 

Menurutnya, sepanjang landasan KCJB akan dipasang tujuh sensor mengenai ancaman gempa bumi.

 

Indonesia menggunakan model kereta api peluru CR400AF yang diperoleh daripada CRRC di mana ia mampu bergerak dalam kelajuan maksimum 400 km/j disebabkan penggunaan jarak lebar landasan (track gauge) 1,435 mm.

 

Kereta api CR400AF ini terdiri daripada lapan gerabak sepanjang 209 meter dan berupaya untuk membawa sehingga 556 orang penumpang pada satu-satu masa, selain kemudahan seperti tempat duduk VIP dan kelas pertama, ruang makan, tandas, dan ia mesra OKU.

 

 

Utusan