Tren komuter terkeluar dari landasan, tiada kemalangan jiwa

oleh SALINA JALIL|
Sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar dari landasan di KM421.168 berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini, petang semalam.


Kejadian mengakibatkan perkhidmatan komuter mengalami kelewatan bagi perjalanan dari Stesen Batu Caves menuju ke Stesen Sungai Gadut dan sebaliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha, berkata tiada kemalangan jiwa membabitkan kakitangan mahupun orang awam.

 

"Roda koc terakhir dan koc kedua terakhir tren terbabit terkeluar dari landasan, menyebabkan laluan tren untuk komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terhalang sepenuhnya.

 

"Perkhidmatan KTM Komuter dan ETS laluan Gemas ke Padang Besar dan sebaliknya yang melalui laluan tersebut akan mengalami kelewatan ekoran insiden itu," katanya dalam satu kenyataan.

 

Perkhidmatan tren komuter dari Sungai Gadut - Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Kajang manakala tren dari Stesen Batu Caves akan ditamatkan di Stesen Bangi. Tren ETS akan ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan dipindahkan menaiki bas ke Stesen KL Sentral.

 

Bagi pengguna KTM Komuter, KTMB menyediakan bas-bas perantara kepada penumpang terbabit dari Stesen Kajang ke Stesen Bangi dan sebaliknya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

 

"KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat. Siasatan insiden itu juga akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu," katanya.

 

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu KTMB.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis…
Informasi
  "Perkhidmatan KTM Komuter tambahan ini akan bermula seawal 10 malam pada 4 Feb dari stesen…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menjelaskan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) akan…