Tren komuter ekspress Seremban - KL Sentral diperkenalkan semula

oleh Mohamad Hanif|
Tren komuter ekspress laluan Seremban - Nilai - KL Sentral - Sentul telah diperkenalkan semula oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setelah perbincangan antara Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan KTMB.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Komuter ekspress tersebut dijangka bakal berhenti di tujuh stesen sahaja dan memendekkan masa kira-kira 20 minit daripada masa perjalanan biasa Kuala Lumpur ke Seremban. 

Keputusan untuk memperkenalkan semula perjalanan komuter ekspress ini diambil kira setelah memperlihatkan peningkatan kadar penumpang beberapa tahun kebelakangan ini. 
 


Perjalanan komuter ekspress tersebut telah diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, namun ia telah dihentikan oleh kerana sambutan daripada penumpang yang tidak menggalakkan. 

Menurut ketua komunikasi korporat KTMB Rozimah Mahyiddin berkata, perkhidmatan komuter ekspress ini sebenarnya telah dimulakan pada 25 Julai yang lalu, dengan mempunyai stesen hentian tunggal di Nilai sahaja.

Tambah beliau, dengan tambang bernilai RM8 sehala, perkhidmatan Seremban - Nilai - KL Sentral - Sentul ini mampu memuatkan kira-kira 1,118 orang penumpang bermula dari pukul 6.50 pagi di Seremban dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi, sebelum meneruskan perjalanan ke Sentul yang berakhir pada jam 8.23 pagi. 

Bagi perjalanan pulang pada petang hari, sebuah trip ekspress ke Seremban bakal bermula dari KL Sentral pada jam 5.55 petang dan dijangka tiba di Seremban pada pukul 7.10 malam.
 


Perkhidmatan tren komuter ekspress ini hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat).

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…