Tren baharu Prasarana mendarat di KLIA guna Antonov An124-100

oleh Mohamad Hanif|
Tren baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Sdn Bhd (Prasarana) kini selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tren unit kelima daripada kumpulan 27 unit tren baharu itu dihantar menggunakan khidmat kapal kargo terbesar di dunia, Antonov AN124-100 itu mencatatkan sejarah sebagai tren pertama dihantar menggunakan pesawat kargo di Malaysia dan Asia Tenggara.

Laporan daripada Berita Harian itu turut menyebut Prasana sebelum ini menggunakan khidmat kapal laut yang memakan masa dua bulan sebelum sampai di Pelabuhan Klang.

 


Dari KLIA, tren empat gerabak Bombardier itu akan dihantar ke fasiliti pembuatan Bombardier HARTASUMA Consortium (BHC) di Pulau Indah bagi menjalani pemasangan kelengkapan sebelum diperiksa dan dihantar ke Depoh LRT Kelana Jaya, Subang Jaya.

Sebelum ini, di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV) fasa 1, Prasarana sudah pun memperoleh 14 tren Bombardier Innovia 300.

Pesawat Antonov An124-100 merupakan pesawat kargo komersial yang berkeupayaan untuk membawa muatan sehingga 150,000 kg, dan dikuasakan oleh empat unit enjin turbin Progress D-18T, setiap satunya mampu menjana kuasa tujahan 229 kN.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…
Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…