Treler lawan arus kerana keliru dengan persimpangan jalan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang pemandu treler berusia 38 tahun yang memandu di jalan berlawanan arah di Kilometer 8 Jalan Pan Borneo-Kinarut di Papar, pada Jumaat lalu adalah kerana keliru dengan persimpangan masuk.

Tindakan yang dilihat berbahaya turut tular di media sosial menerusi satu video yang memaparkan kenderaan berat yang dipandunya berada di laluan bertentangan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan terkesan dengan video yang tular itu sebelum siasatan dilakukan bagi mengesan pemandu terlibat.

Pemandu telah ditahan serta dibawa ke IPD Papar untuk siasatan lanjut, kira-kira jam 10 pagi Isnin.

Pemandu tersilap jalan kerana keliru simpang jalan dan masuk aliran trafik kira-kira 20 meter dan telah mengambil tindakan serta terus mengundur kenderaan terbabit untuk masuk ke laluan asal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan detik cemas seorang pemandu yang terpaksa beralih ke lorong kiri selepas treler tersebut datang dari hadapan walaupun laluan berkembar tersebut jalan sehala.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan…
Berita Domestik
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori treler membawa muatan kontena berisi baja…
Berita Domestik
Kejadian dipercayai berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang treler mengakibatkan kesan…