Treler bawa muatan kereta baharu kemalangan, pemandu treler parah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang pemandu treler parah selepas kenderaan membawa enam kereta baharu Proton yang dipandunya hilang kawalan di KM 263.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Seremban, pagi tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun cedera di bahagian kepala selepas tercampak keluar daripada treler berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa seorang diri itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Malim menuju ke Johor Bahru

Nanda Maarof berkata, “Apabila tiba di lokasi kejadian, treler yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya itu."

“Impak daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan mangsa tercampak keluar manakala tiga buah muatan kereta yang dibawa turut tercampak jatuh di atas jalan raya,”

Mangsa telah dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban dan menerima rawatan di zon merah, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…