TRC Synergy menang kontrak LRT Pulau Pinang

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, Trans Resources Corporation Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM550.8 juta daripada SRS Consortium Sdn Bhd untuk projek berkaitan Light Rail Transit (LRT) Laluan Mutiara di Pulau Pinang.

Menurut TRC Synergy dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, kontrak itu membabitkan kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan laluan jejambat, stesen, pelancaran SBG dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

"Projek itu tidak akan memberi sebarang impak kepada modal saham terbitan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham utama, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang syarikat dan anak syarikatnya (TRC Group).

"Tanpa mengambil kira keadaan di luar jangka, Lembaga Pengarah berpendapat projek itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham TRC Group pada masa depan," katanya.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan Geohan, Lee Kim Seng, berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kejayaan meraih…
Berita Domestik
awal yang hanya melibatkan laluan di pulau. Sebagai anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di…
Berita Domestik
"Tender belum diberikan dan kami masih dalam proses menilai penyerahan, jadi tiada isu menukar…