Travis Pastrana dedah jentera drift baharu Gymkhana - wagon Subaru GL!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak Ken Block berhijrah ke Audi, tugas selaku pemandu aksi lasak dalam Gymkhana kini digalas oleh pelumba rali Travis Pastrana.

Dalam hantaran terkini, Travis Pastrana kini mendedahkan secara rasmi jentera baharu yang bakal digunakan dalam installment Gymkhana akan datang - sebuah wagon Subaru GL 1983!
 

Subaru GLK


Sayang sekali, tiada sebarang butiran lanjut diumumkan, namun kita boleh melihat model wagon tersebut telah menjalani modifikasi seperti arka roda yang lebih lebar, rim berwarna emas, serta layangan grafik di seluruh badan.

Menurut portal Car and Driver, binaan badan wagon tersebut disempurnakan oleh Vermont SportsCar, rakan permotoran Subaru Amerika Syarikat dengan menggunakan bahan gentian karbon.

Jentera wagon Subaru GL ini bakal membuat kemunculan rasmi dalam siri Gymkhana pada tahun ini.

 

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Dinamakan sebagai Family Huckster, Subaru GL Wagon ini menampilkan enjin boxer empat silinder yang…
Sukan Bermotor
Di dalam pasukan Subaru Motorsports USA, Ken Block akan disertai oleh pembantu pemandunya, Alex…
Berita Global
Tema yang digunakan dalam video Gymkhana yang terbaharu ini adalah aksi lasak yang bakal…