Trapo - produk tunggal guna teknologi Jepun untuk bunuh bakteria

oleh HEZERI SAMSURI|
Produk alas kaki kenderaan dari Melaka, Trapo telah menandatangani memorandum persetujuan untuk menjadi produk alas kaki tunggal di dunia yang menggunakan teknologi Bactekiller dari Jepun.

Siri produk terbaharu dari Trapo, TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries Co Ltd yang mampu membunuh 99 peratus bakteria.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

trapo moa

Ia menghalang bakteria dari membiak di atas alas kaki Trapo itu dan membunuhnya, memberikan anda alas kaki yang lebih bersih dan lebih baik untuk kesihatan penumpang kenderaan.

Trapo Asia menghasilkan produk alas kaki untuk kenderaan-kenderaan dan popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Syarikat Trapo dimulakan oleh dua beradik, Tzong Lee dan Zare Lee dalam tahun 2016. Ia mempunyai kilang di Alor Gajah, Melaka dan menghasilkan alas kaki untuk 500 model kenderaan.

Sebanyak enam peratus kenderaan baharu di Malaysia menggunakan produk Trapo dan ia telah menjual lebih dari 80,000 set alas kaki.

 

 

Menurut Tzong Lee, Trapo Asia menjangkakan pertumbuhan sebanyak lima peratus dari segi jualan sempena pelancaran Trapo Mark II dengan teknologi Bactekiller.

Trapo juga adalah produk yang berteraskan bahan kitar semula. Sebanyak 50 peratus dari bahan yang digunakan ialah dari sumber bahan kitar semula.

"Pembeli boleh menjual semula Trapo lama mereka untuk membeli alas kaki yang baharu," ujar Zare Lee.

 

 

Selain dari alas kaki, Trapo juga menghasilkan rangkaian produk aksesori kereta dengan nama Oxtra.

Antaranya ialah Power-Cable, Car-Charger, Mini Vacuum dan Phone Holder. 

Careta sebenarnya telah menggunakan Trapo untuk hampir tiga tahun dan ia mampu menampung kekotoran seperti selut, air hujan dan debu dengan baik. Paling penting, ia mudah dibersihkan dan tidak memerangkap habuk-habuk dan debu selama-lamanya.

Alas kaki Trapo bermula dari RM99.90 sehingga kepada RM899.90, bergantung kepada model kenderaan. 

Untuk informasi lebih lanjut dan juga untuk membuat pembelian online, layari https://my.trapo.asia/

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi…
Informasi
Siri TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries…
Gaya Hidup
  Ia paling mudah untuk dijual oleh kedai-kedai aksesori kerana satu gulung alas kaki "coil" boleh…