Transmisi manual VW bakal dikebumikan 2030

oleh Mohamad Hanif|
Antara perkara yang tidak dapat dielakkan ketika dunia sedang beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (serta plug-in hybrid) adalah kepupusan kotak gear manual.

Tidak banyak pengeluar yang masih lagi mengekalkan penawaran transmisi purba itu, malah di Malaysia Proton dan Perodua juga sudah mula menawarkan transmisi yang lebih mesra kaki kiri.

Dalam satu laporan terbaharu dari majalah automotif Jerman Auto Motor und Sport, Volkswagen kini merupakan pengeluar automotif terkini yang akan menjatuhkan hukuman tamat riwayat terhadap kotak gear manual.

Antara sebab langkah tersebut diambil adalah untuk mengurangkan kos pembangunan sedia ada, disamping mengutamakan penawaran kotak gear DSG yang lebih cekap pada setiap model kenderaannya.

Bagi mereka yang masih lagi mahukan sebuah kereta VW bertransmisi manual, anda masih mempunyai tempoh masa sehingga sembilan tahun sebelum ia dihentikan penawarannya bermula 2030.

Selain daripada VW, syarikat yang bernaung di bawah VW seperti Skoda, SEAT dan Audi juga berkemungkinan besar akan mengikut jejak langkah yang serupa menjelang akhir dekad ini.

Sumber: Auto Motor und Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…
Berita Global
Namun, pada era yang semakin maju dengan pelbagai teknologi berautonomi, transmisi manual boleh…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam empat varian utama (G, X, SE dan AV) dan dengan bermacam penambahbaikan yang…