"Transmisi manual? Mahal sangat!" - CEO Lamborghini

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lamborghini Gallardo V10 5.2 liter merupakan model terakhir yang keluar daripada kilang pemasangan Sant'Agata dengan transmisi yang kian dilupakan orang ramai - manual dengan tiga pedal. 

Malah, ketika proses tempahan Gallardo dilakukan, kurang daripada lima peratus daripada jumlah keseluruhan yang memilih untuk memacu roda belakang dengan kuasa 552 hp yang dikawal dengan tangan dan kaki kiri. 

Sangat sedikit sehinggakan apabila borang tempahan model transmisi manual melintasi pejabat, para jurutera terpaksa melakukan pengesahan dua kali dengan pengedar tersebut bagi memastikan tempahan yang dibuat adalah tepat. 
 


Memandangkan transmisi automatik terkini sudah semakin maju malah mampu beroperasi dengan lebih efisien berbanding transmisi manual, tiada sebab untuk Lamborghini memasang supercar dengan transmisi manual.

Hal ini turut disahkan oleh CEO Lamborghini, Stefano Domenicali ketika ditemubual oleh MotorTrend, menyebut kos pelaburan untuk memuatkan transmisi manual adalah sangat mahal walaupun mereka meletakkan harga yang sewajarnya untuk penjualan model tersebut. 
 


Misal kata Lamborghini menjual 200 unit Aventador dengan transmisi manual dengan tambahan $25,000 kepada harga Aventador sedia ada, keuntungan yang diperoleh daripada jualan tersebut tidak akan mampu menampung kos pembangunan transmisi manual enam nisbah kelajuan untuk Lamborghini. 

Domenicali turut menambah, dengan struktur unik Aventador yang dibina, tiada sebarang transmisi sedia ada mampu untuk dimuatkan pada model supercar tersebut. 
 


Berbanding dengan Porsche yang masih mampu menawarkan transmisi manual untuk model 911 GT3, kotak gear tersebut merupakan teknologi perlumbaan lama yang masih lagi kekal diproduksikan sehingga kini. 

Oleh sebab itu Porsche boleh menawarkan model GT3 tanpa sebarang tambahan kos kepada model bertransmisi automatik. 

Lamborghini mahu, akan tetapi kos menidakkan segalanya. 

Maaf, kepada para peminat Lamborghini. 

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…