Transmisi manual generasi baharu VW MQ281 - lebih kuasa, lebih jimat, kurang emisi

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun trend pemilikan kenderaan diseluruh dunia mula beralih arah kepada kenderaan bertransmisi automatik dan kenderaan elektrik, namun jauh disudut dunia, transmisi manual masih lagi mempunyai peminatnya.

Dan Volkswagen masih lagi mempercayai bahawa transmisi manual yang kurang digemari orang ramai ini masih lagi mempunyai masa hadapan yang cerah. 

Untuk itu, mereka baru-baru ini memperkenalkan generasi baharu transmisi manual yang direka supaya lebih efisien, lebih jimat dan lebih mesra SUV. 
 


Transmisi MQ281 dengan rekaan serba baharu ini dikatakan mampu mengendalikan daya kilas 200 sehingga 340 Nm, jadi secara teorinya ia mampu digunakan pada enjin 1.0 liter TSI (113 hp) sehinggalah kepada enjin 2.0 liter TDI (148 kuasa kuda). 

Produksi transmisi MQ281 ini akan mengambil tempat di fasiliti di Sepanyol dan Argentina, manakala model pertama yang bakal dilengkapkan dengan transmisi tiga pedal ini adalah Volkswagen Passat versi kemaskini yang dilancarkan pada awal tahun lalu. 

Bukan itu sahaja, transmisi ini juga bakal diperluaskan kepada rangkaian model di dalam Kumpulan Volkswagen - daripada hatchback sehinggalah kepada SUV. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…
Berita Global
Namun, pada era yang semakin maju dengan pelbagai teknologi berautonomi, transmisi manual boleh…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam empat varian utama (G, X, SE dan AV) dan dengan bermacam penambahbaikan yang…