Transmisi manual akan terus ditawarkan pada model M buat masa ini - Bos M BMW

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pengeluar yang kini menawarkan varian transmisi manual pada kenderaan mereka, malah kenderaan prestasi tinggi kini lebih gemar menggunakan transmisi automatik yang lebih pintar dan efisien menyalurkan kuasa, dan lebih cekap berbanding manual itu sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan daripada Frank van Meel, bos besar divisyen M di BMW berkata transmisi manual masih mempunyai peminat tersendiri dan (M BMW) akan terus menawarkan transmisi tersebut kepada generasi kenderaan seterusnya. 

 


"Berita buruk di sini ialah apabila suatu hari nanti kereta autonomous menguasai jalanan, transmisi manual akan menjadi sesuatu yang tidak diperlukan lagi," tambah beliau. 

Menurut laporan jualan kereta BMW berlencanakan M di Amerika Syarikat, masih terdapat permintaan terhadap transmisi manual sehinggakan hampir 50 peratus pembeli memilih BMW M2 Competition bertransmisi manual. 

"Dari pandangan seorang jurutera, ransmisi manual tidaklah secekap transmisi auto, malah ia menggunakan lebih bahan api (berbanding automatik). 

"Akan tetapi daripada pandangan peribadi, ramai pelanggan tidak kisah dan tetap mahukan transmisi manual sebagai pilihan pemanduan mereka.

 


"Sekiranya permintaan (terhadap manual) adalah tinggi, mengapa tidak kami penuhi permintaan tersebut?" ujar beliau lagi. 

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin mengecil mungkin satu halangan yang sukar, dan…
Berita Global
Rupa paras mana-mana model BMW tidak akan terlepas daripada menjadi bualan ramai, dan tidak…
Berita Global
Imej baharu ini memperlihatkan rekaan sisi coupe dua pintu M2 2023 yang dipadankan dengan set rim…