Transaksi tol RFID di laluan Juru-Skudai bermula 15 Januari

oleh SALINA JALIL|
Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai 15 Januari, 10 malam.


PLUS menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Pada ketika ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang telahpun menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang," katanya.


Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian, tambah PLUS.

 

Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.

 

 

- Bernama
 

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…