Trak swapandu Volvo Vera mula beroperasi di terminal kontena Sweden

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak swapandu berkuasa elektrik pertama daripada Volvo, Vera kini sudah diberikan tugas pertama - mengangkut kontena berisi barangan dari pusat logistik ke terminal pelabuhan di Sweden. 

Ini merupakan kolaborasi baharu antara Volvo Trucks bersama syarikat logistik dan feri bagi membuktikan keupayaan masa nyata Vera sebagai salah sebuah sistem pengangkutan yang berkesan di dalam logistik. 
 


Menurut Volvo, Vera mampu di'arah'kan untuk melakukan tugasan berulang-ulang seperti mengangkut muatan kontena kargo di pusat logistik, kilang serta pelabuhan dengan kadar ketepatan yang sangat tinggi untuk jarak yang dekat. 

Ini merupakan ujian pertama yang diambil oleh Volvo sebelum mereka melaksanakan sebuah sistem terhubung yang terdiri daripada beberapa buah Vera yang dikawal secara menyeluruh oleh menara kawalan. 
 


Menerusi ujian sistem terbaharu ini, Volvo mahukan Vera untuk menjadi sebuah solusi kepada sistem pengangkutan yang lebih berkesan, fleksibel dan mampan sebelum meluaskannya kepada penggunaan di dunia nyata seperti di kawasan perindustrian. 

Menurut Mikael Karlsson, Naib Presiden Autonomous Solutions Volvo Trucks berkata, "kami akan terus membangunkan solusi kepada pengangkutan autonomi bagi memastikan ia mampu beroperasi dengan lebih berkesan di dunia nyata.
 


"Sistem pengangkutan autonomi dengan kadar bunyi bising yang rendah dan emisi sifar bakal memainkan peranan yang sangat penting kepada masa hadapan arena logistik, sekaligus memberikan kesan yang positif kepada perniagaan dan masyarakat secara umumnya," tambah beliau lagi.