Trak Sutton CS 3500 - dipasang di Kedah, harga RM780,888 dan ia tidak boleh dipanggil F...

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampak serupa, dan memang ia sama.

Namun begitu, kerana jenama asalnya dipegang oleh syarikat lain, model ini terpaksa menggunakan nama lain.

Apapun, trak pikap jenama Sutton ini memang sama dengan yang dari US itu tetapi jenama asalnya tidak ada varian panduan sebelah kanan (RHD).

Kerana itu Sutton menggunakan kepakaran kejuruteraan mereka untuk menghasilkan varian RHD (Right-Hand-Drive) dan kini ia dipasang di Gurun, Kedah dan diedarkan oleh Hamawangsa.

 

 

Dengan harga hampir RM800,000, trak pikap ini sememangnya bukan untuk semua. Namun begitu, ia bukannya calang-calang pikap kerana terbukti ia adalah legenda di dalam dunia trak.

Enjin petrol 3.5L V6 dengan sistem twin turbo Ecoboost menghasilkan 450hp dan 691 Nm dan transmisi pula ialah sama dengan yang digunakan oleh Ford Ranger Wildtrak dan Ranger Raptor - 10-kelajuan automatik (dua mod - Normal dan Tow-Haul).

 

 

Tayar BF-Goodrich AT KO2 bersaiz 315/70 R17 ini dibuat khas untuk trak tersebut. Sistem gantungan Fox pula memberikan pergerakan menegak 14-inci, cukup mantap untuk membuat lompatan (jika ada tempat selamat ya, jangan buat di jalan awam pula).

Kemasan kabin tidak ubah seperti varian Panduan Sebelah Kiri (LHD) yang asal, menunjukan kadar kejuruteraan yang tinggi digunakan untuk mengubahnya kepada varian RHD.

 

 

Satu lagi perkara menarik ialah kelengkapan di bahagian tempat letak kargo. Ia didatangkan dengan pembahagi kargo dan juga boleh digunakan sebagai "bed-extender".

Tak cukup dengan itu, ia mempunyai tangga tersorok dengan pemegang tangan untuk memudahkan anda memanjat ke belakang.

 

 

Harga atas jalan tidak termasuk insurans ialah RM780,888 (untuk Semenanjung Malaysia, RM795,058 untuk Sabah dan Sarawak) dengan waranti dua tahun (boleh dipanjangkan kepada lima tahun).

Ya, mahal tetapi antara motosikal berharga RM90,000 dan basikal bernilai RM90,000 - yang mana lebih ada faktor WOW? 

Hubungi Hamawangsa di 03-7733 1666 untuk info lanjut.

Saksikan video kami akan trak gergasi Sutton itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Trak pikap yang menjadi bualan ramai bulan lalu kini dilancarkan secara rasmi oleh Hamawangsa,…