Trak pikap unibodi Volkswagen Tarok mungkin tak jadi kenyataan - VW US

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2018, Volkswagen memperlihatkan secara rasmi model trak pikap unibodi Tarok Concept di Brazil, dan pada ketika itu pasaran trak pikap unibodi tidak begitu meriah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada ketika itu, Honda Ridgeline baharu sahaja memasuki generasi kedua, Hyundai mungkin sedang membangunkan trak pikap kompak Santa Cruz, malah Ford pun belum lagi bersedia untuk mengumumkan trak pikap Maverick.

Namun jika kita kembali ke alam nyata pada hari ini, idea trak pikap unibodi ini sudah pun nampaknya diterima umum, lihat sahaja pada penerimaan yang ditunjukkan kepada model Santa Cruz dan juga Maverick.

 


Jadi adakah VW bersedia untuk meneruskan idea Volkswagen Tarok?

Tidak, menurut jawapan yang diterima daripada Duncan Movassaghi, naib presiden eksekutif jualan dan pemasaran VW Amerika Utara dalam satu temubual bersama Automotive News.

Menurut beliau, keutamaan VW pada ketika ini adalah untuk mengekalkan tahap kebersaingan kenderaan berenjin petrol dan diesel, serta memperluaskan lagi barisan kenderaan elektrik kepada pengguna.

Beliau menambah, untuk memfokuskan kepada segmen yang kecil (niche) adalah tidak masuk akal untuk jenama tersebut.

 


Namun begitu, Movassaghi tidak terus menutup pintu kepada kemungkinan untuk menghasilkan sebuah trak kompak, di mana beliau memberikan jawapan, "trak pikap kompak berkuasa elektrik adalah salah satu pilihan yang ada".

Volkswagen pada ketika ini menggunakan platform MEB untuk barisan kenderaan elektrik di Amerika Syarikat, dan dengan menggunakan platform modular tersebut untuk pembangunan trak pikap unibodi mungkin sekali boleh dipertimbangkan untuk melawan pesaing seperti Maveric dan Santa Cruz.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada bentuk badan sedan, Corolla juga boleh didapati dalam bentuk hatchback, station…
Berita Global
Hyundai baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan bagi model trak pikap kompaknya, Santa Cruz…
Informasi
Malah kereta-kereta pertama di dalam dunia dibina atas kerangka ladder frame, di mana badan dibina…