Trak pikap unibodi Ford Maverick dikesan tanpa pelekat samaran

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada penawaran trak pikap tugas berat (F Series) dan trak pikap saiz pertengahan (Ranger), Ford juga kini sedang merancang untuk menawarkan sebuah model trak pikap dengan reka bentuk badan unibodi yang dikenali sebagai Maverick.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, beberapa gambar intip telah pun dikesan menunjukkan trak pikap baharu itu yang masih penuh dengan pelekat samaran, namun laman web TFLtruck telah berjaya menemukan model Maverick dipandu atas jalan tanpa sebarang pelekat samaran.

 


Dari segi penampilan, ia boleh disifatkan sebagai 'adik' kepada Ford Ranger dengan tiada pemasangan cladding plastik pada arca roda, rekaan bed belakang yang bersambung, dan bampar belakang yang menonjol.

 


Terdapat kemungkinan Ford Maverick berkongsi platform yang sama digunakan untuk membangunkan Ford Bronco Sport, sebuah SUV dengan keupayaan off-road, selain berkongsi nadi enjin yang sama.

Laman web Motor1 mendapat info Ford Maverick bakal ditawarkan dengan versi pacuan roda hadapan dan tetapan suspensi torsion beam untuk varian asas, sementara varian yang lebih premium pula mendapat pacuan semua roda dan tetapan suspensi bebas.

 


Jika anda masih ingat, Honda juga sebenarnya turut menghasilkan sebuah trak pikap dengan binaan badan unibodi Ridgeline, manakala Hyundai juga sedang membangunkan versi tersendiri Hyundai Santa Cruz.

Malah, syarikat automotif tempatan juga sebelum ini pernah bermain dengan idea penghasilan trak pikap menerusi model konsep yang menggunakan platform daripada Proton Exora.

 

Sekadar hiasan: imej rendering Theophilus Chin.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga kereta baharu yang kini didatangkan pada GT7 ialah Alfa Romeo Giulia Sprint GT Veloce '67,…
Berita Global
Disinilah terletaknya ruang kosong yang boleh diisi oleh Ford Maverick, sebuah trak pikap bersaiz…
Berita Global
Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri…