Trak pikap Tesla digambarkan sebagai rover di permukaan bulan

oleh Mohamad Hanif|
Bentuk yang terlalu bersegi dibawakan oleh Tesla Cybertruck umpama rekaan yang dihasilkan daripada pembaris mungkin sekali tidak sesuai untuk digunakan di jalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagaimana jika trak pikap tersebut sebenarnya dihasilkan bukan untuk kegunaan di muka bumi, akan tetapi permukaan bulan?

Idea tersebut dihasilkan oleh seorang pereka @charlieautomotiv yang boleh dilihat menerusi akaun Instagram menggambarkan kegunaan sebenar trak pikap Cybertruck jika dijadikan sebagai rover di angkasa lepas.

 


Sebagai sebuah rover bulan, @charlieautomotiv melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap Tesla Cybertruck seperti konfigurasi enam tayar, piring satelit yang dimuatkan pada bed belakang, serta kehadiran logo NASA dan juga SpaceX yang merupakan sebuah lagi syarikat milik Elon Musk.

Mungkin inilah yang cuba digambarkan oleh Elon Musk sewaktu memikirkan idea Cybertruck tahun lalu.

Apatah lagi ketika persembahan produk yang dilakukan oleh Elon Musk, beliau menyatakan trak ini menampilkan penggunaan aloi keluli yang tahan lasak, tahan calar dan tahan lekukan, sesuai dengan peranannya sebagai sebuah kuda kerja.

 


Sumber: Instagram

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Berita Global
Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan di laman media sosial X, Elon Musk menjelaskan proses…
Berita Global
Kit akan meningkatkan kemampuan menghalang kemasukan air menerusi pintu. Tambah Musk, menerusi kit…