Trak pikap Tesla bakal didedahkan dalam masa terdekat - Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada trak pikap elektrik Rivian R1T dan Ford F-150, harus diingatkan bahawa pengeluar kereta elektrik Tesla juga sebenarnya sedang membangunkan trak pikap elektrik tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut CEO Tesla, Elon Musk berkata, trak pikap tersebut akan bersedia untuk didedahkan dalam masa dua hingga tiga bulan lagi. 

Sambil menunjukkan sekeping gambar yang tidak mempunyai sebarang perincian, Elon Musk mengesahkan bahawa kemasan dan sentuhan akhir sedang diberikan tumpuan sebelum ia benar-benar didedahkan kepada umum.

 


Sama seperti anda, kami juga sendiri tidak dapat menterjemahkan dengan lebih terperinci bagaimana trak pikap Tesla bakal mengambil bentuknya berdasarkan gambar terbaharu yang didedahkan. 

Namun, Jun lalu Tesla ada mendedahkan dua info penting berkaitan - ia bakal berharga kurang dari $50,000 (RM206 ribu) dan mempunyai prestasi pengendalian yang menyamai sebuah Porsche 911 (?). 

Sebelum ini juga Tesla turut membayangkan trak pikap ini boleh memuatkan tidak kurang dari enam orang, selain mampu menawarkan jarak operasi sejauh 645 sehingga 800 km dan keupayaan menunda seberat 136,077 kg. 

Dengan penguasaan kenderaan elektrik yang semakin berkembang, ini adalah antara segmen kenderaan yang bakal menarik perhatian dunia pada masa akan datang. 

 

gambaran artis: Emre Husmen

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi…
Gaya Hidup
Bagi merancakkan lagi rangkaian produk Cybertruck, Tesla telah memperkenalkan satu lagi varian yang…
Pelancaran
Dipertontonkan buat pertama kali pada tahun 2019, harga rasmi yang diumumkan 50 peratus lebih…