Trak pikap Rivian R1T Camper - lengkap dengan dapur induksi mudah simpan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masihkah anda ingat dengan trak pikap Rivian R1T yang pernah kami siarkan sebelum ini? 

Trak pikap R1T ini dibangunkan berdasarkan platform papan selaju (skateboard), terdiri daripada sebuah rangka yang merangkumi segala komponen penting seperti pek bateri, gandar, sistem suspensi dan sistem penyejuk.

Platform ini diletakkan rendah pada dasar kenderaan supaya R1T mencapai titik graviti yang rendah, sekaligus menawarkan pengendalian yang setanding dengan sebuah sedan. 
 


Oleh sebab itu Rivian R1T mampu menawarkan ruang kargo yang lebih besar, keupayaan meletak barang di ruang 'enjin' frunk, serta ruang terowong melintangi bahagian belakang kabin bersaiz 350 liter yang mampu memuatkan kayu golf atau papan luncur salji. 

Bersempena dengan Overland Expo West di Flagstaff, Arizona, Rivian telah membawakan sebuah trak pikap R1T versi camper dan menampilkan aplikasi genius yang dibawakan pada ruang terowong itu tadi. 

Memandangkan acara tersebut bertemakan campervan/motorhome, Rivian telah memuatkan sebuah dapur mudah alih di bahagian storan terowong itu, lengkap dengan laci, ruang penyediaan bahan memasak, serta dapur induksi berkuasa elektrik.
 


Sudah pasti sumber kuasa untuk tujuan memasak diambil daripada pek bateri Rivian R1T berkuasa 180 kWh itu. 

Menurut Rivian, berdasarkan ujian yang telah dijalankan, unit dapur ini boleh digunakan sepanjang seminggu tempoh aktiviti luar dan hanya memakan kira-kira 11 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga bateri trak pikap ini.

Pek bateri 180 kWh yang dibekalkan ini mampu memberikan jarak operasi sejauh 644 km untuk sekali pengecasan penuh, dan penggunaan kira-kira 11 peratus untuk aktiviti luar masih mampu memberikan kuasa yang mencukupi untuk trak pikap ini pulang semula ke rumah. 

 


Mengikut perancangan, trak pikap R1T ini akan ditawarkan dalam konfigurasi pacuan empat roda yang datang daripada empat motor elektrik, jumlah keseluruhan sebanyak 800 kuasa kuda, daya kilas 1,120 Nm dan tiga kapasiti bateri berbeza iaitu 

  • 180 kWh - jarak operasi 644 km
  • 135 kWh - jarak operasi 483 km
  • 105 kWh - jarak operasi 370 km


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, buat para peminat dan pencinta aktiviti luar, anda kini boleh mendapatkan pakej camper yang…
Berita Global
Ia bukan sahaja sesuai untuk mana-mana trak pikap konvensional di dalam dunia, malah ia juga boleh…
Berita Global
Namun, Baja juga boleh dirujuk sebagai trak camper yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang…