Trak pikap rempuh kerbau melintas, pemandu meninggal di hospital

oleh SALINA JALIL|
Seorang guru maut selepas kenderaan dipandunya merempuh seekor kerbau di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, berhampiran Masjid Bandar Permaisuri, di sini, pagi semalam.


Dalam insiden jam 4.15 pagi, Che Baharudin Che Teh, 50, dari Penarik dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Dor, Besut.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

 

"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak lalu melanggar seekor kerbau yang melintas jalan.

 

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital selepas dikatakan mengadu sakit jantung dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Setiu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Afandi berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sementara itu, seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali, menyifatkan arwah sebagai seorang yang disenangi oleh semua pihak.

 

"Arwah meninggalkan seorang balu dan lima anak berumur antara 16 hingga 25 tahun.

 

"Kami difahamkan, arwah dalam perjalanan pulang selepas singgah seketika di rumah rakan sekerja di Taman Tasek Jaya, Penarik, Setiu, untuk bertukar kereta.

 

"Ketika dalam perjalanan, arwah berlanggar dengan seekor kerbau dan sempat memaklumkan kepada rakan sekerjanya itu mengenai kemalangan berkenaan," katanya.

 

Katanya, ketika kemalangan, mangsa dilaporkan masih sedar dan sempat meminta bantuan kelindan lori untuk membantu mengalihkan kenderaan.

 

"Selepas kenderaan dialihkan, mangsa dikatakan menekan dada dan terus tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Setiu oleh pihak bomba.

 

"Arwah disahkan meninggal dunia di hospital, jam 4.45 pagi tadi," katanya.

 

 

 

Artikel dan gambar: BH

Berita Berkenaan

Informasi
"Tiada lokasi yang dikategorikan sebagai blackspot di Lebuhraya LPT1, tetapi lebih kepada lokasi…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan telur ayam yang…