Trak pikap makin besar dan makin merbahaya - laporan US

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah organisasi di Amerika Syarikat berkata saiz kenderaan yang semakin membesar di negara itu menjadikan ia merbahaya untuk pejalan kaki dan pemandu kenderaan kecil.

Menurut laporan Consumer Report, ketinggian hud hadapan trak pikap dan SUV di sana sudah meningkat dengan purata minima 11 peratus lebih tinggi semenjak tahun 2000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak-trak pikap baharu pula secara purata adalah 24 peratus lebih berat berdasarkan kajian dari tahun 2000 hingga 2018.

Consumer Report juga berkata ada antaranya menunjukan perubahan yang sangat drastik - hud hadapan Ford F-250 sekarang adalah setinggi 1,397 mm dari aras bumi, hampir atau sama tinggi seperti bumbung beberapa kereta sedan sendiri. Sebagai perbandingan, bumbung Honda Civic sekarang adalah 1,416 mm tinggi.

Kenderaan yang terlalu tinggi akan mempunyai titik buta yang lebih besar. Gambar di bawah ialah contoh di mana titik buta trak pikap Ram 1500 tahun 2020 mampu "menyorokkan" seorang kanak-kanak di hadapan.

 

 

 

Menurut kumpulan advokasi KidsAndCars.org, ada lebih dari 931 kemalangan pelanggaran dari belakang dengan pejalan kaki antara tahun 1990 hingga 2019 dan kebanyakan mangsa adalah berusia dari 12 hingga 23 bulan.

Lebih dari 80 peratus kes kematian dari jumlah itu membabitkan kenderaan seperti trak pikap, van atau SUV.

Di Malaysia, kita mempunyai trak-trak pikap yang dilebar dan ditinggikan. Diharapkan pemandu-pemandu kenderaan tersebut akan lebih berhati-hati apabila memandu di kawasan yang mungkin mempunyai kanak-kanak atau orang tua.

* Laporan asal dari Consumer Report

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…