Trak pikap konsep urban dari Hyundai - Santa Cruz dijangka menjengah pasaran menjelang 2020, harga dari RM78k!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai sebelum ini telah memperlihatkan model konsep Santa Cruz, sebuah trak pikap yang dikhususkan kepada kenderaan gaya hidup seharian dan urban untuk pelanggan dalam lingkungan usia bawah 30 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Detroit Bureau, Kyung Soo Lee yang merupakan CEO Hyundai Motor America mengesahkan bahawa model konsep tersebut dijangka semakin hampir kepada fasa produksi. 


Menurut beliau lagi, "kami (pihak atasan) telah berjumpa untuk membincangkan rekaan yang sesuai, dan perancangan untuk melancarkan model terbaharu ini di pasaran Amerika pada tahun 2020."

Jika dilihat kepada gambar lakaran yang didedahkan, model produksi Hyundai Santa Cruz ini dikatakan akan menggunakan platform crossover berbanding casis ladder frame seperti mana kebiasaan trak pikap yang lain. 

 


Menurut Hyundai lagi, penggunaan platform ini dijangka mengurangkan lagi kos pembangunan dan menjadikan pemanduan dan pengendalian yang lebih menyerupai sebuah kereta. 

Laporan itu antara lain menyebut selain daripada enjin diesel, kemungkinan besar Hyundai akan menggunapakai dua buah enjin petrol berlainan sesaran; enjin petrol janaan turbo 1.6 liter (201 hp/264 Nm) dan enjin aspirasi natural 2.4 liter (185 hp/241 Nm). 
 


Hyundai dilaporkan amat yakin dengan rekaan yang bakal diterjemahkan menerusi model produksi sebenar Santa Cruz ini ditambah pula dengan harga jualan permulaan yang amat menarik perhatian bermula dari $18,990 (RM77,805). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hyundai baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan bagi model trak pikap kompaknya, Santa Cruz…
Model Terbaharu
Kenapa kami katakan crossover trak pikap? Ini kerana Hyundai Santa Cruz menggunakan asas daripada…