Trak pikap Kia "TK" muncul 2025 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Kia dilapor akan hadir dengan model trak pikap baharu menjelang tahun 2025.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan terkini daripada tiga laman berita automotif Australia, pengedar Kia di sana telah dimaklumkan berhubung pelancaran trak pikap yang diberikan kod nama "TK".

Jenama Korea itu menggunakan model pesaing seperti Ford Ranger dan Toyota Hilux sebagai penanda aras, di mana ia bakal menggunakan tetapan body-on-frame dan dikuasakan oleh enjin diesel.
 

kia


Buat masa ini, Kia hanya mempunyai satu model yang dibangunkan menggunakan pelantar ladder frame, iaitu SUV Mohave yang kini sudah pun memasuki generasi kedua.

Dipercayai, pembangunan model tersebut telah pun bermula di Australia sejak tahun 2020 lagi.

Sebelum ini, Kia mengumumkan mereka akan memperkenalkan dua buah trak pikap yang akan muncul pada tahun 2027, satu daripadanya menggunakan platform khusus manakala sebuah lagi merupakan produk strategik untuk pasaran membangun.

Lebih banyak info bakal diumumkan oleh Kia sendiri dalam masa terdekat.

Sumber: CarExpert, WhichCar, CarSales

Sumber gambar: WhichCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Hilux 2024 kini dibekalkan dengan lebih banyak kelengkapan moden sebagai ciri standard untuk…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak sabar menanti, syarikat Ricardo telah membangunkan sistem HEX 6x6 untuk…
Berita Global
Sana sini, boleh dikatakan banyak kelibat trak pikap Ranger termasuklah Ranger Raptor V6 yang…