Trak pikap Kia masih sedang dibangunkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia nampaknya masih dalam usaha untuk menghasilkan trak pikap dan juga SUV bersaiz besar.

Menurut media Austria, perancangan itu masih wujud kerana syarikat Korea itu sedang membangunkan platform ladder-frame bagi kegunaan kedua-dua genre kenderaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia masih tidak mempunyai model yang sesuai untuk menandingi Toyota Land Cruiser ataupun trak pikap Ford Ranger.

Kia Sorento contohnya adalah SUV dengan kerangka "monocoque" yang tidak sesuai untuk kerja-kerja lasak atau pemanduan off-road.

Kia juga mempunyai enjin diesel yang sangat sesuai untuk fungsi trak pikap atau SUV besar, iaitu enjin 2.2L CRDi yang mampu menghasilkan lebih dari 400 Nm.

* Gambar hiasan

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…