Trak pikap Kia dikesan di Korea Selatan, guna platform SUV ladder frame Mohave

oleh Mohamad Hanif|
Kia dilapor sedang menguji sebuah model trak pikap saiz pertengahan yang bakal memberikan saingan kepada model seperti Ford Ranger dan Toyota Hilux.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Kelibat model ujian tersebut dikesan di Korea Selatan, berkemungkinan besar berdekatan dengan pusat R&D di mana ia dilihat membawakan panel badan yang dikongsikan daripada SUV ladder-frame, Kia Mohave (atau nama lainnya Kia Borrego).
 

Kia


Walaupun pihak pembangun cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan butiran terperinci, namun di sebalik kain samaran itu kita dapat lihat dengan jelas perincian seperti unit lampu, jeriji hadapan, fender dan pintu hadapan yang dipinjamkan daripada Kia Mohave.

Unit produksi juga dijangka akan menampilkan plastik perlindungan pada arka roda, di mana pada model ujian biasanya komponen tersebut tidak dipasang.
 

kia


Berdasarkan jarak kelegaan tanah yang tinggi, trak pikap Kia ini dilihat merupakan pesaing yang sebenar untuk trak pikap saiz pertengahan yang ada di pasaran, dan bukannya dikategorikan sebagai trak pikap unibodi dengan jarak kelegaan tanah yang sedikit rendah seperti Hyundai Santa Cruz atau Honda Ridgeline

Sebelum ini, Kia mengesahkan kehadiran dua unit trak serba baharu, satu daripadanya dibangun berdasarkan platform elektrik E-GMP, dan sebuah lagi merupakan ‘model strategik’ yang disasarkan untuk pasaran membangun.
 

kia


Menurut laporan terkini dari Korea, trak pikap saiz pertengahan ini dijangka akan menjadi produk global, dengan penawaran enjin pembakaran dalaman (ICE) dan produksi yang akan mengambil tempat di kilang Hwaseong di Korea Selatan.

Namun untuk pasaran Amerika, Kia perlu mempertimbangkan opsyen pemasangan tempatan (CKD) bagi mengelakkan tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas trak ringan yang diimport masuk ke pasaran tersebut.  

Sumber: Autospy

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang…
Berita Domestik
Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada…
Berita Global
Jimny 5 pintu tersebut bakal dilancarkan pada tahun hadapan, buat masa ini masih belum ada info…