Trak pikap Hyundai muncul di Seoul

oleh HEZERI SAMSURI|

Hyundai pernah menggemparkan dunia automotif dengan trak pikap konsep Santa Cruz yang dipertontonkan kepada umum semasa pameran kenderaan Detroit dalam tahun 2015.

Santa Cruz tidak direka untuk menumpaskan Hilux atau D-Max, tetapi lebih untuk trak pikap gaya hidup.

Kerana itu, konsep itu terbina di atas platform SUV popular Tucson.

Trak pikap begitu memang tidak akan popular di rantau Asia Pasifik, termasuk Australia.

Di sini, trak-trak pikap yang lebih kukuh dan tahan lasak diperlukan.

Namun begitu, gambar-gambar "spy" yang dijumpai di laman-laman web barat cukup mengerikan.

 

 

Nasib baik kerana rupanya trak pikap yang terang-terang satu modifikasi dari MPV gergasi Grand Starex ini sebenarnya dilakukan oleh seorang peminat trak pikap di Korea.

Walaupun tidak begitu menarik pada kami, pintu belakang yang unik ala pintu "bar koboi" itu menarik perhatian.

Bahagian "bed" pula dilapik dengan kepingan keluli bercorak "chequered".

Bentuknya dari tepi pula memang bukan mudah untuk diterima. Ia mirip sebuah lori 3 tan "twin-cab" yang digunakan oleh pihak PLUS.

Apapun, ini bukti bahawa ada yang benar-benar mahukan sebuah trak pikap Hyundai.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM berkata,"Mempunyai MN Automart sebagai rakan kongsi kami,…
Telah Diuji
Namun begitu, perubahan drastik berlaku bila Korea sedar nilai kualiti setinggi gunung atau…
Sukan Bermotor
Perlumbaan World Time Attack Challenge ini kebiasaannya didominasi oleh syarikat penala, syarikat…