Menurut ketua eksekutif Hyundai Australia, John Kett berkata dalam satu temubual bersama Which Car berkata, trak pikap casis unibodi yang sebelum ini menggunakan asas Santra Cruz Concept tidak akan diteruskan penghasilannya.
"Jika kami mahu hasilkan sebuah ute, kami akan pastikan ia sebuah ute yang sebenar," ujar beliau.
"Cabaran pertama - untuk menjadikan ia sebuah trak pikap - sudah pun dilepasi, namun (trak pikap) ini perlu berfungsi dengan baik, ini adalah aspek yang sangat penting.
"Kami harus memastikan apabila sudah tiba masanya, trak pikap ini akan berfungsi sebagai sebuah trak pikap sebenar!" tambah beliau lagi.
Dalam memastikan trak pikap Hyundai ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang berbeza, pengeluar dari Korea itu juga akan menawarkan beberapa varian dan bentuk bagi memberikan saingan kepada Toyota Hilux dan Ford Ranger.
Trak pikap pertama Hyundai ini tidak akan disasarkan kepada pasaran Australia semata-mata.
Menurut Michael O'Brien, presiden produk, korporat dan perancangan digital Hundai Amerika turut mengesahkan trak pikap ini akan dipasang dan dijual di negara tersebut.