Trak pikap Hennessey VelociRaptor kalis peluru dari AddArmor

oleh Mohamad Hanif|
Hennessey VelociRaptor merupakan jawapan yang diberikan oleh Hennessey Performance kepada mereka yang mahukan Ford F-150 Raptor dengan keupayaan yang lebih berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagaimana bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan trak pikap yang mampu menahan segala macam serangan peluru sesat?

AddArmor, sebuah syarikat yang memiliki kepakaran mereka dan menawarkan kenderaan yang selamat ini hadir dengan sebuah Hennessey Velociraptor dengan ciri kalis peluru.

 


Dengan pemilihan trak pikap Hennessey Velociraptor, AddArmor berjaya menjadikan trak pikap laju ini sebuah pakej perlindungan daripada musuh yang cukup sempurna (di mata pemilik).

Dengan talaan terhadap enjin asal Raptor 450 hp itu, Hennessey berjaya mengektrak kira-kira 600 kuasa kuda dan 830 Nm, terima kasih kepada penggunaan sistem induksi paksaan udara beraliran tinggi, sistem ekzos catback keluli kalis karat, serta talaan semula kepada sistem ECU.

 


Dari segi pecutan, Velociraptor ini mampu memecut sepantas 4.2 saat dari pegun sebelum mencapai 96 km/j.

Pakej perlindungan yang ditawarkan oleh AddArmor ini menampilkan penggunaan bahan yang digelar sebagai Dyneema - bahan komposit polikarbonat yang dikatakan 15 kali lebih kuat berbanding keluli, dan 40 peratus lebih gagah berbanding bahan Kevlar jika dibuat perbandingan berat.

 


Penggunaan bahan Dyneema ini dikatakan mampu bertahan apabila diserang oleh bahan letupan atau peluru daripada AK-47.

Menambahkan lagi ciri keselamatan sedia ada adalah pakej sekuriti yang merangkumi sistem bunyi serangan balas, pemegang pintu dengan ciri renjatan elektrik, sistem bateri berkembar, sistem interkom, lampu strobe dan sistem siren, serta keupayaan pengimbasan bom.

 


AddArmor turut menawarkan tayar jenis run-flat yang membolehkan kenderaan dipandu sehingga 80 km/j, leveling kit untuk suspensi hadapan serta sistem pemberhentian daripada Brembo.

Tidak termasuk kos talaan kepada trenkuasa serta kereta yang perlu dicari, pakej sekuriti yang ditawarkan oleh AddArmor boleh didapati bermula dari $30,000 (RM121,455).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda mengikuti perkembangan Rezvani, syarikat itu sering menghasilkan kenderaan dengan…
Berita Global
Untuk menjadikan pemanduan yang lebih stailo di atas jalan raya, BMW X5 ini didatangkan dengan…
Berita Global
Pakej berperisai Golf GTI itu melibatkan penukaran dan penambahan beberapa komponen seperti cermin…