Trak pikap elektrik setengah tan Kaiyun Pickman - cuma RM23k sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun 2019 bakal menyaksikan beberapa jenama China yang dilihat cuba menembusi pasaran Amerika Syarikat, dan salah sebuah daripadanya merupakan pembuat trak pikap berkuasa elektrik Pickman. 

Kaiyun Motors menghasilkan trak pikap Pickman ini dengan mensasarkan penggunaannya kepada tujuan komersil kecil-kecilan, oleh kerana ia hanya didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 5.5 hp sahaja. 
 


Trak pikap setengah tan ini diklasifikasikan sebagai kenderaan berkelajuan rendah (LSV) dan kereta elektrik kejiranan (NEV) di mana ia hanya mampu mencapai kelajuan sekitar 45 km/j sahaja.

Manakala jarak operasi pula mampu merangkumi 120 km untuk sekali pengecasan penuh. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, Kaiyun mensasarkan penjualan trak pikap versi asas dan ringan ini sebanyak 10,000 unit di pasaran Amerika, selain menawarkan variasi beberapa bentuk badan yang berbeza. 
 


Dengan harga jualan yang amat murah, sekitar $5,700 (RM23.3 ribu) untuk versi asas, maka penawaran kabin juga sangatlah asas di mana kebanyakan ciri ditiadakan dan ditawarkan sebagai pilihan seperti alat pendingin hawa, kerusi dengan pemanas terbina dalam dan rim aloi. 

Namun, trak pikap kecil dengan sistem suspensi bebas sepenuhnya ini dikatakan berupaya untuk mengangkut beban seberat hampir 500 kg. 
 


Kaiyun Motors sangat optimis trak pikap kecil mereka mampu menyaingi kepopularan yang dikecapi oleh F-150 yang sudah terang-terang berlainan saiz dan segmentasinya di sana....