Trak pikap elektrik mampu kurangkan pelepasan emisi gas rumah hijau - kajian

oleh Mohamad Hanif|
Satu kajian yang dijalankan oleh University of Michigan mendapati elektrifikasi kenderaan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam usaha untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan data daripada tiga segmen kenderaan iaitu sedan, SUV dan trak pikap, para penyelidik mendapati kenderaan elektrik bateri berjaya mengurangkan 64 peratus emisi gas rumah hijau sepanjang tempoh jangka hayat (cradle-to-grave) jika dibandingkan dengan kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Kajian terbaharu itu turut menyimpulkan bahawa dengan menggantikan sedan konvensional kepada sedan elektrik mampu mengurangkan pelepasan sebanyak 45 tan metrik karbon dioksida, 56 tan metrik untuk segmen SUV, dan sehingga 74 tan metrik untuk segmen trak pikap sepanjang tempoh hayat kenderaan tersebut.

Umum mengetahui bahawa trak pikap merupakan salah satu kenderaan yang amat versatil yang boleh digunakan untuk apa jua tujuan, melainkan satu aspek - pelepasan emisi ke udara.

Jadi, dengan bertukar kepada trak pikap berkuasa elektrik dikatakan mampu memberikan kesan yang lebih baik terhadap pelepasan emisi gas rumah hijau bagi segmen kenderaan tersebut.

Biarpun kenderaan elektrik bateri mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang lebih banyak disebabkan oleh faktor pembuatan bateri berbanding kenderaan konvensional, namun impak tersebut berjaya dikurangkan menerusi operasi sepanjang tempoh hayat bateri tersebut.

Sumber: University of Michigan

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…