Trak pikap elektrik Ford bakal diberi nama Ford F-150 Lightning!

oleh Mohamad Hanif|
Ford mengesahkan nama ikonik hot truck yang pernah ditawarkan suatu ketika dahulu akan membuat kemunculan kembali pada tahun ini, iaitu Ford F-150 Lightning.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti Ford F-150 Lightning yang dikenali sebagai trak pantas dengan pengendalian dan enjin besar V8 5.8 liter yang mampu menghasilkan 240 hp, generasi baharu Lightning ini bakal membawakan trenkuasa elektrik, sesuai dengan namanya.

Difahamkan, Ford F-150 Lightning ini mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding F-150 Raptor (enjin V6 EcoBoost 3.5 liter dengan 450 hp/691 Nm), menawarkan kuasa pecutan yang jauh lebih pantas dan keupayaan untuk menunda trailer yang lebih berat.

 


Tiada sebarang angka rasmi didedahkan, namun Ford mengesahkan bahawa trak pikap elektrik ini mempunyai konfigurasi motor elektrik berkembar dengan 'angka output yang lebih berkuasa berbanding Ford F-150 sedia ada'.

Ford akan memperlihatkan secara rasmi trak pikap elektrik ini pada 19 Mei manakala produksi Ford F-150 Lightning akan bermula pada musim bunga, tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…