Trak pikap elektrik F-150 mampu tarik gerabak berisi 42 buah trak pikap F-150!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam diam, Ford juga sebenarnya sedang membangunkan trak pikap elektrik tersendiri bagi melawan pengaruh yang cuba disebarkan oleh trak pikap Rivian R1T.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan platform trak pikap paling popular, F-150 kini telah dilengkapi dengan sistem trenkuasa elektrik sepenuhnya bagi menggantikan nadi enjin pembakaran dalaman. 
 


Dan untuk menguji kuasa yang dihamburkan daripada trenkuasa sifar emisi itu, Ford mempunyai satu cara - menggunakan gerabak keretapi yang penuh dengan muatan seberat 567 tan (567 ribu kilogram)!

10 buah gerabak dua tingkat yang dipenuhi dengan muatan 42 buah trak pikap F-150 dalam ujian demonstrasi ini bagi menunjukkan kekuatan terpendam trak pikap elektrik F-150 menarik beban sejauh 305 meter.

Menurut kenyataan yang dimuatkan pada video demonstrasi, Ford telah pun mengesahkan mereka bakal hadir dengan trak pikap elektrik F-150 tidak lama lagi.
 


Generasi baharu trak pikap F-150 akan mula memasuki pasaran seawal tahun 2020, dan bakal disertai oleh model hibrid dan disusuli oleh model elektrik sepenuhnya yang tidak diberitahu masa buat ketika ini. 

Namun, dengan demonstrasi awal yang ditunjukkan oleh Ford, ia mampu memberikan gambaran kepada para pemilik bagaimana prestasi sebenar trak pikap berkuasa elektrik ini. 

Benar benar Built Ford Tough!

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi…
Gaya Hidup
Bagi merancakkan lagi rangkaian produk Cybertruck, Tesla telah memperkenalkan satu lagi varian yang…
Pelancaran
Dipertontonkan buat pertama kali pada tahun 2019, harga rasmi yang diumumkan 50 peratus lebih…