Trak pikap Defender bukan keutamaan Land Rover

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat ura-ura yang menyebut Land Rover turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan model trak pikap menggunakan asas daripada SUV off-road baharu mereka, Defender.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita itu disahkan tidak benar oleh sumber dalaman syarikat Jaguar Land Rover dengan menyatakan Defender itu sendiri sebuah model yang cukup praktikal.

Namun, laporan terkini daripada Autocar ada menyebut bahawa idea untuk menghasilkan trak pikap daripada platform D7x itu sebenarnya tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Sebab mudah kenapa ia tidak direalisasikan, menurut Land Rover ia tidak dilihat menarik dari sudut perniagaan, ini kerana Land Rover pada asalnya bukanlah pakar di dalam segmen trak pikap komersil.

 


Selain daripada model Defender 90 dan Defender 110 yang telah diperkenalkan di pasaran, Land Rover bakal memperkenalkan sebuah lagi model Defender 130 yang lebih besar dimensinya dan mampu memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa.

Malah, Land Rover juga turut merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi model yang lebih kecil (baby Defender) serta model komersil Defender 90 untuk pasaran tertentu.

Namun, idea untuk menghasilkan trak pikap Defender nampaknya masih lagi bukan keutamaan oleh Land Rover pada ketika ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…